Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Laman ini telah berpindah ke http://smdse.edu.my/smdse
Terima kasih di atas lawatan anda sebelum ini.
Blog Admin.
14 April 2008
Kami dah berpindah laman
Posted by SMKJKA at 14.4.08
24 Februari 2008
23 Februari 2008
Majlis Pelancaran Perancangan Strategik Kurikulum 2008-2012
Tempat : Dewan Perdana, SMKJKA
Tarikh : 28 Januari 2008
Dirasmikan oleh : Tn Hj Shapie bin Hj Md Shari(Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat)
Pengurusan berkesan bermula dengan matlamat dan hala tuju yang jelas tidak mencukupi sekiranya tidak disertai dengan hasrat dan keinginan yang tinggi untuk mencapainya. Sesuatu organisasi juga lesu dan tidak dapat menyumbang secara optimum sekiranya fokus tertumpu kepada tenaga dan upaya ketua operasi atau dalam konteks sekolah ialah pihak pentadbir. Matlamat dan hala tuju juga tidak mungkin trcapai dalam jangka waktu singkat sekiranya ia melibatkan perkhidmatan pembangunan modal insan seperti dalam bidang pendidikan.
Pelan perancangan Strategik bukanlah sesuatu yang asing dalam teori atau idea pengurusan. Ia telah lama dikenal pasti sebagai idea hebat bagi memantau dan menilai keberkesanana dan kebolehpercayaan sesuatu organisasi. Pelan Strategik Kurikulum yang disediakan adalah hasil sumbangsaran, perkongsian pintar dan penaakulan pentadbir dan guru-guru sekolah ini sendiri. Pelan ini dirangka dengan justifikasi kesesuaian sekolah, justeru ia mengambil kira kekuatan dan peluang yang sedia ada di kelemahan yang perlu diatasi.
Pelan Perancangan Strategik Kurikulum ini disusun dengan harapan guru-guru menekankan P&P sebagi tunjang perkhidmatan dan sentiasa membuka minda terhadap perubahan-perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Ia juga diharap dapat memandu guru-guru agar sentiasa berada di landasan yang betul serta seiring dengan visi sekolah ini untuk mencapai kegemilangan menjelang 2012 kelak.
(Petikan dari buku program-PSK 2008-2012).
Posted by SMKJKA at 23.2.08
Labels: Pentadbiran
10 Januari 2008
Pentadbiran SMK Jalan Kolam Air
Tuan Hj Fauzan bin Sukimi
PENOLONG KANAN I
Puan Hjh Jam'iyah binti Darmawan
PENOLONG KANAN HEM
Encik Kek Kim Heng
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Tuan Hj Ta'at bin Kasran
PENYELIA PETANG
Tuan Hj Mokhtar Ashari bin Nahlawi
GURU KANAN BIDANG
Media
Encik Lau Cher
Bahasa
Puan Kalsom binti Haron
Sains
Puan Liew Mui Lian
Teknik dan Vokasional
Puan Jemaah binti Jantan
Kemanusiaan
Puan Nor'azmah binti Abd Manas
Posted by SMKJKA at 10.1.08
Labels: Pentadbiran
Falsafah & Matlamat SMKJKA
SMKJKA mempunyai para guru yang terlatih dan berkemampuan mendidik setiap pelajar mengikut tahap kemampuannya di samping berusaha memperkembangkan potensi setiap pelajar yang meliputi aspek rohani, intelek, jasmani dan emosi. Para guru juga bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, dan teguran yang membina daripada semua pihak khususnya ibu bapa dalam usaha mempertingkatkan prestasi sekolah ini dalam bidang akademik, kokurikulum dan disiplin.
Di SMKJKA, para pelajar diutamakan. Setiap pelajar diasuh mengenali potensi yang ada pada dirinya dan dengan tunjuk ajar guru, potensi ini digilap ke tahap yang maksimum. SMKJKA bertekad melahirkan ‘gentlemen’, ‘scholars’, ‘sportsmen’, dan juga tenaga mahir untuk bersama-sama membangunkan negara Malaysia tercinta.
- Melahirkan insan yang dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.
- Menjadikan SMKJKA sebagai pusat kecemerlangan ilmu.
- Memperoleh kecemerlangan akademik dan bukan akademik
- Membina warga Malaysia yang berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab dan progresif.
Lagu SMKJKA
LAGU SEKOLAH
Di Kolam Air ilmu ditimba
Di bawah kibaran bendera
Kami berusaha dengan gigih dan tabah
Menjadi warga permata
Kita usaha hingga jaya
Di sekolah tercinta
Berbudi berbakti dengan rela hati
Kejayaan tercapai pasti
Visi dan Misi SMK Jalan Kolam Air
SMKJKA CEMERLANG 2012
MISI
- melahirkan warga celik ICT
- mewujudkan budaya celik ilmu
- memastikan kualiti perkhidmatan cemerlang kepada pelajar dan pelanggan
- melahirkan generasi berakhlak mulia
- mencapai perpaduan berdasarkan pendemokrasian dalam pendidikan.
Sejarah SMK Jalan Kolam Air
Sejarah Sekolah Menengah Jalan Kolam Air, Batu Pahat bermula pada 8 Mei 1962. Pada mulanya, SMKA merupakan sebuah sekolah yang menumpang bangunannya di Sekolah Tinggi Batu Pahat , ketika itu ia dikenali sebagai Sekolah Lanjutan yang menampung pelajar-pelajar aliran Melayu dan Inggeris yang gagal masuk ke Sekolah Menengah melalui Sistem Peperiksaan Penilaian M.S.S.E.E (Peperiksaan Memasuki Sekolah Menengah).
Apabila sistem peperiksaan MSSEE itu dimansuhkan pada tahun 1964 dengan sendirinya Sistem Sekolah Lanjutan juga terhapus, maka pelajar-pelajar lelaki dan aliran Melayu diserapkan ke SDBL, manakala pelajar perempuannya ke STA. Kepada mereka yang mengikuti aliran Inggeris meneruskan persekolahannya di sekolah ini yang telah diubah namanya kepada Secondary English School, Jalan Kluang, Batu Pahat, yang pada ketika itu menumpang pula bangunannya di Sekolah Rendah Hwa Nan, Batu 3, Jalan Kluang, Batu Pahat.
Tetapi pada tahun 1967 nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Inggeris (2) dan berpindah menumpang di Sekolah Tinggi apabila sebuah sekolah baru didirikan di Jalan Kluang dengan nama Sekolah Menengah Rendah Inggeris (sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Munshi Sulaiman), ia menumpang pula di situ. Setelah menumpang dibanyak bangunan sekolah lain termasuk juga di SDBL pada tahun 1970 maka mulai 1 Jun, 1973 Sekolah Menengah Inggeris (2) memulakan sejarah barunya dengan memulakan persekolahan di bangunan sendiri dengan nama barunya iaitu Sekolah Menengah Jalan Kolam Air, Batu Pahat. Pada ketika itu muridnya berjumlah 592 orang dengan 27 orang guru yang diketuai oleh Encik Gorbax Singh.
Adalah diharapkan dengan kerja keras murid dan guru dan disokong penuh oleh semua pihak khususnya ibu bapa. Prestasi akademik juga ko kurikulum sekolah ini terus meningkat dari masa ke semasa. Pentadbiran dan pengurusan sekolah ini telah dipertanggungjawabkan kepada beberapa orang Guru Besar/Pengetua seperti berikut:
TAHUN | GRED | PENGETUA |
1962 | - | En. Gorbax Singh |
1980 | A | En. Tan Eng Soon |
1984 | B | Tn. Hj. Paiman b. Hussin |
1.2.1988 | A | En. Ab. Rahim b. Omar |
1.3.1989 | A | En. V. Sathasivam |
1.2.1995 | A | Tn. Hj. Mokhtar b. Siran |
16.12.1998 | A | Pn. Hjh. Alimah Abd. Ghani |
1.8.2001 | A | Pn. Hjh. Salbiah bt Yahya |
Pada hari ini, sekolah ini menampung seramai kira-kira 1850 murid dan 93 orang guru dengan kelas dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Lima dalam dua sesi persekolahan pagi dan petang. Sekolah ini juga telah menampung pelajar Pendidikan Khas (Pekak dan Bisu) seramai kira-kira 20 orang pelajar dari Tingkatan 1,2,3 belajar di sekolah ini. Pelajar Rancangan Khas Agama dari Tingkatan 1 hingga 3 seramai 137 orang pelajar ditempatkan di Asrama Pusat SMKA. Sekolah ini akan terus memainkan peranannya sesuai dengan kehendak matlamat dan objektifnya yang telah ditentukan ke arah kecemerlangan pendidikan seluruhnya
Perutusan Pengetua
Salam Gemilang!
Syukur kepada Allah S.W.T kerana laman web SMKJKA dapat diaktifkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana memberi kesem-patan dan ruang untuk saya menyampaikan ucapan dalam lamanweb ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua jawatankuasa kerana berjaya mengaktifkan kembali laman web ini. Laman web sekolah merupakan satu wadah penting untuk semua warga sekolah ini khususnya dan para pelajar-pelajar dari sekolah lain juga. Ini adalah kerana laman web dapat menye-diakan maklumat-maklumat penting sekolah yang dapat dikongsi bersama oleh semua pihak yang melayarinya. Anatara maklumat yang terkandung ialah jawatan- kuasa- jawatankuasa pengurusan dan pentadbiran, takwim, senarai tugas guru dan staf, program-program dan pencapaian sekolah sekolah dalam bidang kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan sebagainya.
Harapan saya, laman web ini sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa agar laman ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Sekian, Terima kasih.
"SMKJKA GEMILANG"