10 Januari 2008

Falsafah & Matlamat SMKJKA

FALSAFAH SMKJKA

SMKJKA mempunyai para guru yang terlatih dan berkemampuan mendidik setiap pelajar mengikut tahap kemampuannya di samping berusaha memperkembangkan potensi setiap pelajar yang meliputi aspek rohani, intelek, jasmani dan emosi. Para guru juga bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, dan teguran yang membina daripada semua pihak khususnya ibu bapa dalam usaha mempertingkatkan prestasi sekolah ini dalam bidang akademik, kokurikulum dan disiplin.

Di SMKJKA, para pelajar diutamakan. Setiap pelajar diasuh mengenali potensi yang ada pada dirinya dan dengan tunjuk ajar guru, potensi ini digilap ke tahap yang maksimum. SMKJKA bertekad melahirkan ‘gentlemen’, ‘scholars’, ‘sportsmen’, dan juga tenaga mahir untuk bersama-sama membangunkan negara Malaysia tercinta.

MATLAMAT SMKJKA

  1. Melahirkan insan yang dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.
  2. Menjadikan SMKJKA sebagai pusat kecemerlangan ilmu.
  3. Memperoleh kecemerlangan akademik dan bukan akademik
  4. Membina warga Malaysia yang berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab dan progresif.


Perutusan Pengetua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Salam Gemilang!

Syukur kepada Allah S.W.T kerana laman web SMKJKA dapat diaktifkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana memberi kesem-patan dan ruang untuk saya menyampaikan ucapan dalam lamanweb ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua jawatankuasa kerana berjaya mengaktifkan kembali laman web ini. Laman web sekolah merupakan satu wadah penting untuk semua warga sekolah ini khususnya dan para pelajar-pelajar dari sekolah lain juga. Ini adalah kerana laman web dapat menye-diakan maklumat-maklumat penting sekolah yang dapat dikongsi bersama oleh semua pihak yang melayarinya. Anatara maklumat yang terkandung ialah jawatan- kuasa- jawatankuasa pengurusan dan pentadbiran, takwim, senarai tugas guru dan staf, program-program dan pencapaian sekolah sekolah dalam bidang kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan sebagainya.

Harapan saya, laman web ini sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa agar laman ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Sekian, Terima kasih.

"SMKJKA GEMILANG"