24 Februari 2008

Takwim Peperiksaan 2008


23 Februari 2008

Majlis Pelancaran Perancangan Strategik Kurikulum 2008-2012

Tempat : Dewan Perdana, SMKJKA
Tarikh : 28 Januari 2008
Dirasmikan oleh : Tn Hj Shapie bin Hj Md Shari(Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat)

Pengurusan berkesan bermula dengan matlamat dan hala tuju yang jelas tidak mencukupi sekiranya tidak disertai dengan hasrat dan keinginan yang tinggi untuk mencapainya. Sesuatu organisasi juga lesu dan tidak dapat menyumbang secara optimum sekiranya fokus tertumpu kepada tenaga dan upaya ketua operasi atau dalam konteks sekolah ialah pihak pentadbir. Matlamat dan hala tuju juga tidak mungkin trcapai dalam jangka waktu singkat sekiranya ia melibatkan perkhidmatan pembangunan modal insan seperti dalam bidang pendidikan.

Pelan perancangan Strategik bukanlah sesuatu yang asing dalam teori atau idea pengurusan. Ia telah lama dikenal pasti sebagai idea hebat bagi memantau dan menilai keberkesanana dan kebolehpercayaan sesuatu organisasi. Pelan Strategik Kurikulum yang disediakan adalah hasil sumbangsaran, perkongsian pintar dan penaakulan pentadbir dan guru-guru sekolah ini sendiri. Pelan ini dirangka dengan justifikasi kesesuaian sekolah, justeru ia mengambil kira kekuatan dan peluang yang sedia ada di kelemahan yang perlu diatasi.

Pelan Perancangan Strategik Kurikulum ini disusun dengan harapan guru-guru menekankan P&P sebagi tunjang perkhidmatan dan sentiasa membuka minda terhadap perubahan-perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Ia juga diharap dapat memandu guru-guru agar sentiasa berada di landasan yang betul serta seiring dengan visi sekolah ini untuk mencapai kegemilangan menjelang 2012 kelak.
(Petikan dari buku program-PSK 2008-2012).


Perutusan Pengetua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Salam Gemilang!

Syukur kepada Allah S.W.T kerana laman web SMKJKA dapat diaktifkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana memberi kesem-patan dan ruang untuk saya menyampaikan ucapan dalam lamanweb ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua jawatankuasa kerana berjaya mengaktifkan kembali laman web ini. Laman web sekolah merupakan satu wadah penting untuk semua warga sekolah ini khususnya dan para pelajar-pelajar dari sekolah lain juga. Ini adalah kerana laman web dapat menye-diakan maklumat-maklumat penting sekolah yang dapat dikongsi bersama oleh semua pihak yang melayarinya. Anatara maklumat yang terkandung ialah jawatan- kuasa- jawatankuasa pengurusan dan pentadbiran, takwim, senarai tugas guru dan staf, program-program dan pencapaian sekolah sekolah dalam bidang kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan sebagainya.

Harapan saya, laman web ini sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa agar laman ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Sekian, Terima kasih.

"SMKJKA GEMILANG"